lagu sekolah

31 July 2012

:: Sambutan Kemerdekaan ::

Pada 31 Julai, bertempat di Dewan SMK Seri Panching , Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan. Sambutan yang meriah dalam kesederhanaan ini dimulakan dengan baccan doa dan gimik persembahan selain pemuitis-pemuitis mendeklamasikan sajak mereka. Semoga sambutan ini meningkatkan semangat nasionalisme kita dalam menghayati bulan kemerdekaan dan Ramadhan. INSYA ALLAH..










































19 July 2012


Pada tanggal 18 Julai 2012, SMK Seri Panching telah dikejutkan dengan berita pemergian adik Masitah Bt Kama kerana penyakit yang kronik. Allayarhammah yang merupakan seorang pelajar ceria di Tingkatan 2 Adil, mengejutkan ramai pihak tentang ketiadaannya. Semoga rohnya akan dicucuri rahmat ALLAH yang Esa dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Amin.. AL FATIHAH..

18 July 2012

:: Selamat Datang Pengetua ::


Assalamualaikum , selamat datang dan salam perkenalan kepada Tuan Pengetua baru SMK Seri Panching, Tuan Haji Miftah Bin Haji Surif. Semoga kedatangan Tuan Haji ke SMK Seri Panching akan memberi sinar dan dimensi baru ke arah kecemerlangan sahsiah dan motivasi pelajar. Selamat datang dan sila beri tunjuk ajar. Tuan Haji akan berkhidmat di SMK Seri Panching dan telah melapor diri secara rasminya di sekolah pada 17 JULAI 2012 yang lalu.

 

16 July 2012

Bertempat di SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG, SEKOLAH MENENGAHKEBANGSAAN SERI PANCHING sekali lagi dengan rahmat dan keredhaan ILLAHI, telahberjaya mengadakan KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN KALI KE 29 dengan lancar. TERIMAKASIH dan SEKALUNG PENGHARGAAN kepada PIHAK SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG diatas kerjasama dan penggunaan stadium bertaraf nasional ini. Semogakecemerlangan sukan akan menjurus ke arah minda yang kreatif dan kritis .PANCHING BOLEH!!!