lagu sekolah

14 February 2013

:: Kejohanan Merentas Desa ::

1 Murid 1 Sukan. Kejohanan Merentas Desa telah dijalankan dengan jayanya walaupun dalam suasana keadaan cuaca yang tidak menentu. Berpaksikan kepada semangat kesukanan, pada 26 Januari 2013, kejohanan ini mendapat sambutan meriah daripada pasukan ANDROMEDA, ZENITH, SUPERNOVA dan GALAXY. Seperti kebiasaannya, pasukan terbaik tahun lalu berjaya mengekalkan kejuaraaan. TAHNIAH ANDROMEDA.. Semoga taraf dan mutu serta semangat kesukanan ini akan diteruskan ke acara olahraga pula. Panching BOLEH!!!
























 

:: Maulidur Rasul ::

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.
Bertempat di SMK Seri Panching pada 25 Januari 2013, sambutan maulidur rasul telah diadakan dengan jayanya. Marilah kita mengikut segala amalan baginda dan menjauhi segala larangannya. In Sha ALLAH selamat dunia akhirat. Amin