lagu sekolah

HISTORY

SMK Seri Panching, Kuantan terletak di Felda Sungai Panching Selatan iaitu kira-kira 25 kilometer dari bandar Kuantan. Pembinaannya bertujuan menyediakan pendidikan peringkat menengah kepada anak-anak peneroka dari Gugusan Felda Panching yang terdiri daripada Felda Panching Selatan, Felda Panching Timur dan Felda Panching Utara. Hal ini demikian kerana, kebanyakan sekolah menengah yang lain hanya terdapat di bandar Kuantan.
Sekolah ini mula dibina pada tahun 1975 selepas 6 tahun wujudnya Gugusan Felda Panching memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 1976 selepas kerja-kerja pembersihan dijalankan secara bergotong-royong oleh pelajar-pelajarnya. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Najib bin Tun Haji Abd Razak, Timbalan Menteri Pendidikan pada waktu itu. Pada tahun 1988, hasil sumbangan daripada PIBG, empat buah bilik darjah dapat disiapkan.
Pengambilan pertama seklah ini bermula pada 5 Januari 1975 dengan menumpang di SK Panching Selatan sehingga sekolah ini siap sepenuhnya. Pada peringkat permulaan, hanya 48 orang pelajar Tingkatan 1 dengan 3 orang tenaga pengajar termasuk Pengetua. Pada tahun 1976, SMK Seri Panching mula menerima pelajar-pelajar dari SK Pengkalan Tentera sehinggalah SMK Seri Mahkota ditubuhkan pada tahun 1981.
Bermula pada tahun 1992, Tingkatan 4 dimulakan di sekolah ini dan peperiksaan SPM yang pertama pada tahun 1993. Sehingga hari ini, sekolah ini mempunyai seramai 666 orang pelajar dan tenaga pengajar seramai 42 orang. Sekolh ini mempunyai 9 blok bangunan dan 2 blok bangunan gotong-royong.