lagu sekolah

25 December 2009

PELAJAR CEMERLANG PMR 2009


BERGAMBAR BERSAMA PENGETUA

ERMA LIANA BTE MARJOHAN (8A)



ASIYAHTUL HUSNA BTE HASSAN (8A)


NURUL HAFAZAH BTE ABDULLAH (8A)


NURUL HAFIZAH BTE BASRI (8A)


SUHAILA BTE MOHD ZAIN (7A)
ANALISA % KELULUSAN MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU 95 %
BAHASA INGGERIS 60 %
SEJARAH 89 %
GEOGRAFI 91 %
PEND. ISLAM 90 %
MATEMATIK 90 %
SAINS 92 %
KH- TEKNIKAL 96 %
KH- ERT 100%
KH- PERTANIAN 100%

24 December 2009

FILEM 'A DEAD CROOK'

FILEM INI MEMENANGI ANUGERAH KREATIVITI

KIDS WITNESS NEWS PANASONIC 2009

22 December 2009

KEPADA GURU-GURU SMK SERI PANCHING

MAKLUMAN DAN INGATAN TENTANG TARIKH MESYUARAT 2010
28.12.2009 - Mesyuarat Guru & Mesyuarat HEM
29.12.2009 - Mesyuarat Kurikulum & Mesyuarat Kokurikulum
31.12.2009 - Pendaftaran & Orientasi Tingkatan 1 2010
04.01.2010 - Sesi Persekolahan Bermula

18 December 2009

Keputusan PMR diumumkan 24 Disember
17/12/2009 1:45pm


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan diumumkan pada 24 Disember ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada hari berkenaan, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan masing-masing menerusi pos.

Seramai 475,182 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut. - Bernama

27 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

22 November 2009

BERITA ANUGERAH KIDS WITNESS NEWS PANASONIC

ARKIB : 14/11/09 UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Malaysia pernah memiliki pengarah filem tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad, malah Hollywood juga amat berbangga dengan kehebatan filem-filem arahan Steven Spielberg.
Usaha untuk melahirkan pengarah filem tersohor seperti itu bukannya mudah kerana selain memiliki bakat semula jadi, ia juga memerlukan komitmen jitu bagi menggilap mereka yang berpotensi dalam bidang tersebut.
Justeru, langkah Panasonic Malaysia menganjurkan pertandingan klip video pendek Dunia Melalui Mata Kanak-Kanak (KWN) wajar dipuji.
Dalam pertandingan itu, Panasonic telah memilih sebanyak 31 buah video terbaik yang tempoh tayangan lima minit daripada 69 penyertaan dari sekolah di seluruh negara.
Walaupun para pesertanya terdiri daripada murid dan pelajar berusia antara 10 dan 15 tahun, tetapi mereka telah menunjukkan bakat yang amat mengagumkan.
Mereka telah berjaya menghasilkan klip video berkualiti tinggi, kreatif dalam pengolahan jalan cerita, penyuntingan dan pemilihan muzik latar terbaik.
Dalam pertandingan KWN Malaysia itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Seremban, Negeri Sembilan dengan videonya yang bertajuk Our Precious Water (Air Kita Yang Bernilai) dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Kemenangan itu sekali gus membolehkan enam anak muda pelbagai kaum itu mewakili negara untuk pertandingan serantau di Singapura pada bulan hadapan.
Seterusnya, pemenang peringkat itu akan berpeluang bertanding di KWN Global yang akan diadakan di Amerika Syarikat pada tahun hadapan.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran, Bong Muk Chin pada majlis Anugerah Produksi Video Pelajar KWN peringkat Kebangsaan di sini baru-baru ini.
Tempat kedua dimenangi SMK Mergong, Alor Star, Kedah dengan video bertajuk Getah; SMK St. Joseph Papar, Sabah dengan video bertajuk Sayangi Warisan Marin Kita dipilih sebagai pemenang ketiga.
Enam lagi anugerah ialah Penulisan Skrip (SM Sains Selangor, Kuala Lumpur), Penyuntingan (SMK Sri Kukup Pontian, Johor), Bunyi (SMK Damansara Jaya 2, Selangor), Anchor (Penang Chinese Girls High School, Pulau Pinang), Videografi (Sekolah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan, Pahang) dan Kreativiti (SMK Seri Panching, Kuantan, Pahang).
Program KWN Malaysia yang bermula pada 2005 itu telah menyaksikan seramai 1,400 pelajar daripada 220 buah sekolah seluruh negara terlibat sepanjang tempoh penganjuran itu.
Muk Chin dalam ucapannya berharap, para pelajar dapat menerus dan meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam bidang perfileman hasil daripada latihan khas yang diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.
"Saya amat berbangga dengan usaha pelajar yang dapat menghasilkan video yang begitu berkualiti dalam tempoh masa begitu singkat, difahamkan pelajar hanya diberikan masa lebih kurang tiga bulan sahaja untuk menghasilkannya.'' katanya.

20 November 2009

MENANG ANUGERAH KIDS WITNES NEWS (KWN) PANASONIC
SEMBILAN TERBAIK KEBANGSAAN
ANUGERAH KREATIVITI TERBAIK

PENGETUA BERSAMA CIKGU FAISAL DAN 2 PELAJAR

PELAJAR BERSAMA CIKGU DZULKHAIRY


KREW AKA PELAKON BERSAMA CIKGU FAISAL

BERSAMA TOK BATIN KG. INOI

CIKGU FAISAL BERSAMA TOK BATIN KG. INOI


MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK PENGGAMBARAN


HANAS SINGH WALIA MENYIAPKAN KAMERA VIDEO


CIKGU FAISAL MEMBERI BIMBINGAN


1, 2, 3, ACTION


SEBAHAGIAN ANAK ORANG ASLI YANG TERLIBAT


PENGGAMBARAN DI TEPI LEBUHRAYA


SAYA NAK BINA KILANG ROKOK ! HA ! HA ! HA !

26 October 2009

PROGRAM SELEPAS PMR 2009

MENANAM POKOK HIASAN

PENGARAH PROGRAM CIKGU RAZAK

PELAJAR BERGOTONG-ROYONG


BERSAMA MENGHIAS KAWASAN SEKOLAH


PERTANDINGAN PETANQUE


DIADILI OLEH GPK KO CIKGU RAJA



SEDANG MENGIRA UNTUNG NASIB


TENANG MEMBUAT BALINGAN


PROGRAM IKHTIAR HIDUP


BERSAMA MEMASAK


PARA GURU MENGADILI PELAJAR


KUMPULAN LELAKI MEMASAK

11 October 2009

PANORAMA SMK SERI PANCHING 2009


PINTU GERBANG DALAM KENANGAN

PONDOK JAGA
PARKING MOTOSIKAL PELAJAR
DARI PAGAR HADAPAN

GAMBAR DARI SYILING 1 SEN

SUDUT BACAAN AKHBAR & MAJALAH
SUDUT BACAAN BERBUMBUNG
PONDOK BAS DEPAN SEKOLAH
LALUAN UTAMA

KOLAM IKAN


BOLA PANCUT SEDANG DISELENGGARA

08 October 2009

GAMBAR SMK SERI PANCHING DARI GOOGLE MAP

Guru Saman Pengetua Selepas Didakwa Jejas Reputasinya
KUANTAN, 6 Okt (Bernama) -- Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini Selasa melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu.Selain itu, beliau mendakwa pengetua-pengetua dari sekolah lain juga telah mengetahui mengenai laporan prestasi beliau sebelum beliau sendiri mengetahuinya sehingga mengakibatkan tekanan kepadanya dan mengalami penyakit tekanan darah rendah serta perasaan malu yang kekal sepanjang hayatnya.Rozilah mendakwa telah mengalami kerosakan teruk daripada segi kebolehpercayaan dan kewibawaan serta reputasinya sebagai seorang pendidik turut dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.-- BERNAMA

19 September 2009


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 HIJRAH
Sempena di hari yang mulia ini,
sama-sama memberi dan
sama-sama merasa
sumbangan diberi
tanda ingatan dihati
syukuri nikmat ILAHI