lagu sekolah

23 June 2013

:: PENGUMUMAN CUTI BERGANTI ::

Perhatian kepada semua pelajar SMK Seri Panching...memandangkan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan, pihak sekolah mengumumkan cuti berganti pada hari esok 24 Jun 2013. Sila sebarkan kepada rakan rakan sahabat handai ibu bapa dan kaum keluarga . Dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak. Sekian dan selamat MENGULANGKAJI pelajaran di rumah.

24 April 2013

:: Pelantikan Pengawas, Pusat Sumber, Koperasi, Ketua & Penolong Tingkatan ::

Bertempat di Dewan SMK Seri Panching, 08 April 2013, berlangsung Majlis Pelantikan Pengawas dengan jaya dan meriah. Semoga pelantikan ini melancarkan urusan sekolah dan memberi impak terhadap kredibiliti pelajar.
























23 April 2013

:: Bola Tampar Zon & Daerah ::

Bermula pada 26 dan 27 Feb , pasukan bola tampar telah berjaya mengharungi perlawanan dan berjaya menjadi naib johan zon. Di peringkat daerah, kita berjaya memperolehi tempat ke 4.  Tahun depan? In Sha Allah...