lagu sekolah

27 December 2008


Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

20 November 2008

BARISAN GURU SMK SERI PANCHING 2008


Guru SMK SERI PANCHING pada tahun 2008 seramai 43 orang. Tuan Pengetua En. Idrus Bin Othman yang dibantu oleh tiga orang Guru Penolong Kanan dan empat orang Ketua Bidang serta guru-guru telah berusaha untuk memajukan sekolah ini dari segi akademik dan sahsiah para pelajarnya. Semoga apa yang ingin dicapai akan dimakbulkan ALLAH hendaknya.

03 October 2008



SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN

EIDUL FITRI 1429 HIJRAH

MOGA SEGALA IBADAH DI BULAN RAMADHAN DITERIMA DAN DIBERI GANJARAN MENGIKUT SETIAP YANG KITA KERJAKAN.

SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SETIAP PERBUATAN ATAU TUTUR KATA YANG SENGAJA MAHUPUN TIDAK SENGAJA. APA DAYA KITA MANUSIA BIASA TIDAK SUNYI DARI MELAKUKAN SALAH DAN SILAP. RIBUAN KEMAAFAN JUA DIPINTA SEMPENA HARI YANG MULIA INI.

BAGI PARA PELAJAR CIKGU INGATKAN JANGAN LUPAKAN PELAJARAN , PMR DAN SPM 2008 BAKAL MENJENGUK TIBA TAK LAMA LAGI. BUATLAH PERSIAPAN BAGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN INI.

SEKIAN BUAT KALI INI ASSALAMUALAIKUM.

09 August 2008


KOMPUTER KENA VIRUS ? BAGAIMANA MENANGANINYA.







Ramai yang tahu guna komputer sekarang berbanding dulu. Bagus juga perkembangan ni. Mengikut teknologi lah katakan. Tapi, saya rasa, masalah lain pula yang banyak timbul serentak dengan perkembangan ini. Masalah dijangkiti virus.
Saya akan kongsikan cara saya secara am nya. Virus yang mudah2 apa kata anda cuba selesaikan sendiri dengan cara ini?
Sebelum itu…
Bagaimana tahu komputer telah dijangkiti virus? (Termasuklah trojan, spyware, malware dan seangkatannya)
Ada notis dari antivirus, komputer anda telah dijangkiti virus (penting untuk ada perisian antivirus dan sentiasa diupdate)
Wujud fail2 baru yang anda tak pernah lihat sebelum ini (kadang2 dalam bentuk hidden file, lihat cara di sini untuk tunjukkan hidden file/folder)
Thumb drive anda tak boleh klik 2 kali untuk buka. Perlu klik kanan untuk buka (kebanyakannya lah)
Komputer menjadi makin lambat (tidak semestinya kadang2 kerana ada banyak sebab lain juga)
Dan macam2 lagi (Ada tanda2 lain yang anda mahu kongsikan? )
Cara membersihkan virus secara amnya
Catat nama virus (secara tepat) dari notis antivirus anda. Susah untuk selesaikan masalah ini jika tak tahu nama virus. Kalau wujud fail baru, ambil nama fail tu beserta extension failnya sama ada .exe, .dll, .vb dan lain2
Buka search engine Google atau Yahoo, dan paste nama virus atau nama fail di kotak search. Selalunya, akan ada penyelesaian untuk virus tu, sama ada di forum atau website antivirus. Jika bernasib baik, akan ada removal tool nya sekali. Boleh juga nak reword search dengan tambah perkataan “removal” untuk dapatkan hasil carian yang lebih baik.
Buka beberapa cara penyelesaian tersebut dan bandingkan. Ambil penyelesaian yang paling dekat dengan masalah yang dihadapi dan anda faham apa yang perlu dibuat(paling penting sekali). Kelebihan jika memahami bahasa inggeris. Jika tak berapa faham keyword yang digunakan, cari maknanya di Google gunakan tips define.
Cetak penyelesaiannya dan cuba ikuti langkah demi langkah. Jika ada nota beramaran, ambil perhatian apa amarannya, dan jangan lakukannya.
Penyelesaian ini secara amnya, mungkin dapat (mungkin tidak) menyelesaikan masalah yang anda hadapi, bergantung kepada kes. Yang penting, rawat secara cepat sebelum lebih teruk komputer anda di’kerjakan’. Jika telah teruk, ambil apa yang terjadi sebagai pengajaran untuk masa depan. Manusia kan sentiasa lebih ingat pada kesilapannya.
Sebenarnya, paling penting adalah mencegah daripada mengubati. Paling baik adalah elakkaNerkara2 di bawah ini
Melawati laman2 web yang diragukan (faham2 sendiri lah)
Mencari cheat code games melainkan anda tahu caranya (di mana sumber yang sah)
Menggunakan MiRC, Kazaa, Limewire, etc (maaflah, tapi memang saya cop semua ini antara sumber kemasukan virus)
Jika nak buat juga No 2 dan 3, pastikan ada antivirus yang bagus dan sentiasa diupdate (saya pernah cerita tentang ini di tips lama2). Kemudian,wajib pasang firewall yang bagus (boleh cuba filseclab, saya dah cuba bagus juga)
Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubatinya!!



Berkibarlah Jalur Gemilang





Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua



Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa merdeka

Semarak jaya kami warganya



Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat



Jalur gemilang... di bawah naunganmu

Jalur gemilang... kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa

Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan

Merah putih biru kuning

Jalur semangat kami semua

Berkibarlah

Berkibarlah

Berkibarlah

Jalur gemilang

21 July 2008


HARI PELAPORAN SETENGAH TAHUN 2008



Hari pelaporan diadakan bertujuan supaya ibu bapa atau penjaga dapat bertemu dengan guru bagi mendengar prestasi atau pencapaian anak mereka di sekolah. Pihak guru juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang pelajar mereka melalui penjaga mereka.





























18 July 2008

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA
SMK SERI PANCHING

Gambar di Dataran Muaddib