lagu sekolah

09 August 2008


KOMPUTER KENA VIRUS ? BAGAIMANA MENANGANINYA.







Ramai yang tahu guna komputer sekarang berbanding dulu. Bagus juga perkembangan ni. Mengikut teknologi lah katakan. Tapi, saya rasa, masalah lain pula yang banyak timbul serentak dengan perkembangan ini. Masalah dijangkiti virus.
Saya akan kongsikan cara saya secara am nya. Virus yang mudah2 apa kata anda cuba selesaikan sendiri dengan cara ini?
Sebelum itu…
Bagaimana tahu komputer telah dijangkiti virus? (Termasuklah trojan, spyware, malware dan seangkatannya)
Ada notis dari antivirus, komputer anda telah dijangkiti virus (penting untuk ada perisian antivirus dan sentiasa diupdate)
Wujud fail2 baru yang anda tak pernah lihat sebelum ini (kadang2 dalam bentuk hidden file, lihat cara di sini untuk tunjukkan hidden file/folder)
Thumb drive anda tak boleh klik 2 kali untuk buka. Perlu klik kanan untuk buka (kebanyakannya lah)
Komputer menjadi makin lambat (tidak semestinya kadang2 kerana ada banyak sebab lain juga)
Dan macam2 lagi (Ada tanda2 lain yang anda mahu kongsikan? )
Cara membersihkan virus secara amnya
Catat nama virus (secara tepat) dari notis antivirus anda. Susah untuk selesaikan masalah ini jika tak tahu nama virus. Kalau wujud fail baru, ambil nama fail tu beserta extension failnya sama ada .exe, .dll, .vb dan lain2
Buka search engine Google atau Yahoo, dan paste nama virus atau nama fail di kotak search. Selalunya, akan ada penyelesaian untuk virus tu, sama ada di forum atau website antivirus. Jika bernasib baik, akan ada removal tool nya sekali. Boleh juga nak reword search dengan tambah perkataan “removal” untuk dapatkan hasil carian yang lebih baik.
Buka beberapa cara penyelesaian tersebut dan bandingkan. Ambil penyelesaian yang paling dekat dengan masalah yang dihadapi dan anda faham apa yang perlu dibuat(paling penting sekali). Kelebihan jika memahami bahasa inggeris. Jika tak berapa faham keyword yang digunakan, cari maknanya di Google gunakan tips define.
Cetak penyelesaiannya dan cuba ikuti langkah demi langkah. Jika ada nota beramaran, ambil perhatian apa amarannya, dan jangan lakukannya.
Penyelesaian ini secara amnya, mungkin dapat (mungkin tidak) menyelesaikan masalah yang anda hadapi, bergantung kepada kes. Yang penting, rawat secara cepat sebelum lebih teruk komputer anda di’kerjakan’. Jika telah teruk, ambil apa yang terjadi sebagai pengajaran untuk masa depan. Manusia kan sentiasa lebih ingat pada kesilapannya.
Sebenarnya, paling penting adalah mencegah daripada mengubati. Paling baik adalah elakkaNerkara2 di bawah ini
Melawati laman2 web yang diragukan (faham2 sendiri lah)
Mencari cheat code games melainkan anda tahu caranya (di mana sumber yang sah)
Menggunakan MiRC, Kazaa, Limewire, etc (maaflah, tapi memang saya cop semua ini antara sumber kemasukan virus)
Jika nak buat juga No 2 dan 3, pastikan ada antivirus yang bagus dan sentiasa diupdate (saya pernah cerita tentang ini di tips lama2). Kemudian,wajib pasang firewall yang bagus (boleh cuba filseclab, saya dah cuba bagus juga)
Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubatinya!!


No comments: