lagu sekolah

17 February 2011

Pelaksanaan Skim Tuisyen Felda (STF) 2011
Friday, 11 February 2011 02:10

Surat KP(BPSH-SPSM)302/05/11 Jld.9(23)Tarikh: 25 Januari 2011
Pelaksanaan Skim Tuisyen Felda (STF) Bagi Tahun 2011
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat FELDA Bil: (17) 1015/7-2-1 bertarikh 24 Januari 2011.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa FELDA telah bersetuju untuk meneruskan program Skim Tuisyen FELDA (STF) pada tahun 2011 dengan beberapa perubahan dari segi kriteria dan kaedah pelaksanaannya seperti dinyatakan dalam surat FELDA yang dilampirkan.

3. FELDA juga bersetuju program STF dimulakan pada 1 Februari 2011 di sekolah rendah dan sekolah menengah di dalam Tanah Rancangan FELDA yang memenuhi kriteria. Walau bagaimanapun, FELDA akan hanya menaja satu kelas tuisyen saja untuk kelas pengayaan bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan satu kelas Sains Tulen dan satu kelas Sastera Ikhtisas bagi tingkatan 5 di sekolah tersebut. FELDA akan menyediakan peruntukan untuk membiayai kos pelaksanaan tahunan STF seperti dinyatakan dalam Buku Garis Panduan Pelaksanaan Skim Tuisyen FELDA (Elaun Guru Tuisyen, Elaun Penyelaras STF, Program Motivasi dan Bengkel Mata Pelajaran, Peralatan dan Utiliti). Di samping itu, FELDA juga bersetuju untuk meneruskan program Anugerah Sekolah Bestari FELDA, Headcount dan Post Mortem, Karnival Inovasi Sains FELDA dan Kuiz Mutiara FELDA sebagai aktiviti sokongan STF bagi tahun 2011.

4. Mohon kerjasama Y. Bhg Datuk/Dato'/Tuan mengambil tindakan segera memaklumkan kepada semua pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah terlibat.

5. Di atas perhatian dan kerjasama Y. Bhg. Datuk/Dato'/Tuan dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Datuk Haji Isa bin Haji Abu
PengarahBahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia

DIPETIK DARI PORTAL RASMI SPA JPN PAHANG

15 February 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 2011
12 RABIUL AWAL 1432 HIJRAH
ONE MALAYSIA
ONE UMMAH