lagu sekolah

16 February 2010

SAMSOL SAIRI mententeramkan isterinya, Roszita Alias setelah kematian anak mereka, Mohammad Raihan di persimpangan empat di Felda Panching Timur, Kuantan, semalam.


Pelajar SMK Seri Panching Maut dilanggar van



SAMSOL SAIRI mententeramkan isterinya, Roszita Alias setelah kematian anak mereka, Mohammad Raihan di persimpangan empat di Felda Panching Timur, Kuantan, semalam.
KUANTAN - "Jika mahu ditukar nyawa Raihan dengan sebuah dunia lain pun, saya sanggup menolaknya bagi mendapatkan kembali anak saya."
Demikian rintih Samsol Sairi, 36, bapa kepada Mohammad Raihan, 13, yang maut selepas dilanggar dengan sebuah van di persimpangan empat di Felda Panching Timur, di sini pagi kelmarin.
Mengimbas sebelum kejadian itu, Samsol yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sekeluarga berada di rumah mertuanya yang terletak berhampiran dengan rumah mereka.
"Raihan sebelum itu meminta kunci rumah daripada saya kerana dia ingin pulang untuk mandi.
"Saya hairan dengan permintaan Raihan kerana setahu saya dia sentiasa menyimpan kunci pendua. Tanpa menyoal lebih lanjut saya tetap memberikan kunci tersebut," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumah datuknya di Felda Panching Timur, di sini semalam.

01 February 2010

KALENDAR PTK 2010


Kelayakan Pendaftaran PTK



TK1 - Telah sah dalam perkhidmatan (surat pengesahan jawatan diterima sebelum tarikh tutup pendaftaran)

TK2 - Telah berada di peringkat gaji P2 semasa tempoh pendaftaran

TK3 - Telah dinaikkan pangkat secara hakiki/KUP (DG44/DGA32)



Syarat tambahan:

1. Pegawai yang memangku/dipinjam/ditukar sementara dibenarkan menduduki PTK atas gred yang dipangku/dipinjam/ditukar sementara.

Syarat: i. Telah lulus TK di atas gred hakiki

ii. Dibenarkan menduduki PTK satu gred lebih tinggi daripada gred hakikinya

2. Calon yang telah lulus pada aras III – dibenarkan menduduki semula pada gred yang sama sekali sahaja (bagi tujuan mendapat aras IV)

3. Calon yang mendapat aras I dan II boleh mengulang sehingga lulus (aras III/IV)