lagu sekolah

19 March 2009

SEKOLAH DIARAH RAMPAS TELEFON BIMBIT
PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan. Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
"Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang. "Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini. Wee berkata, telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.
Katanya, pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah jika berlaku kecemasan. Beliau berkata, masalah disiplin pelajar masih terkawal dengan kadarnya turun daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada 2.08 peratus tahun lalu. "Bilangan pelajar yang dikenakan tindakan gantung sekolah adalah pada kadar 0.11 peratus (2008) berbanding 0.37 (2007) manakala yang dikenakan tindakan buang sekolah pula, 0.05 peratus (2008) berbanding 0.18 peratus pada tahun sebelumnya," katanya. Katanya, tindakan merotan pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin akan diteruskan apabila guru besar diberi kuasa untuk berbuat demikian. - Bernama

17 March 2009

TEMA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"





16 March 2009

INILAH RUMAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2008



Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.
Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.