lagu sekolah

27 November 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

22 November 2009

BERITA ANUGERAH KIDS WITNESS NEWS PANASONIC

ARKIB : 14/11/09 UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Malaysia pernah memiliki pengarah filem tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad, malah Hollywood juga amat berbangga dengan kehebatan filem-filem arahan Steven Spielberg.
Usaha untuk melahirkan pengarah filem tersohor seperti itu bukannya mudah kerana selain memiliki bakat semula jadi, ia juga memerlukan komitmen jitu bagi menggilap mereka yang berpotensi dalam bidang tersebut.
Justeru, langkah Panasonic Malaysia menganjurkan pertandingan klip video pendek Dunia Melalui Mata Kanak-Kanak (KWN) wajar dipuji.
Dalam pertandingan itu, Panasonic telah memilih sebanyak 31 buah video terbaik yang tempoh tayangan lima minit daripada 69 penyertaan dari sekolah di seluruh negara.
Walaupun para pesertanya terdiri daripada murid dan pelajar berusia antara 10 dan 15 tahun, tetapi mereka telah menunjukkan bakat yang amat mengagumkan.
Mereka telah berjaya menghasilkan klip video berkualiti tinggi, kreatif dalam pengolahan jalan cerita, penyuntingan dan pemilihan muzik latar terbaik.
Dalam pertandingan KWN Malaysia itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Seremban, Negeri Sembilan dengan videonya yang bertajuk Our Precious Water (Air Kita Yang Bernilai) dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Kemenangan itu sekali gus membolehkan enam anak muda pelbagai kaum itu mewakili negara untuk pertandingan serantau di Singapura pada bulan hadapan.
Seterusnya, pemenang peringkat itu akan berpeluang bertanding di KWN Global yang akan diadakan di Amerika Syarikat pada tahun hadapan.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran, Bong Muk Chin pada majlis Anugerah Produksi Video Pelajar KWN peringkat Kebangsaan di sini baru-baru ini.
Tempat kedua dimenangi SMK Mergong, Alor Star, Kedah dengan video bertajuk Getah; SMK St. Joseph Papar, Sabah dengan video bertajuk Sayangi Warisan Marin Kita dipilih sebagai pemenang ketiga.
Enam lagi anugerah ialah Penulisan Skrip (SM Sains Selangor, Kuala Lumpur), Penyuntingan (SMK Sri Kukup Pontian, Johor), Bunyi (SMK Damansara Jaya 2, Selangor), Anchor (Penang Chinese Girls High School, Pulau Pinang), Videografi (Sekolah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan, Pahang) dan Kreativiti (SMK Seri Panching, Kuantan, Pahang).
Program KWN Malaysia yang bermula pada 2005 itu telah menyaksikan seramai 1,400 pelajar daripada 220 buah sekolah seluruh negara terlibat sepanjang tempoh penganjuran itu.
Muk Chin dalam ucapannya berharap, para pelajar dapat menerus dan meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam bidang perfileman hasil daripada latihan khas yang diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.
"Saya amat berbangga dengan usaha pelajar yang dapat menghasilkan video yang begitu berkualiti dalam tempoh masa begitu singkat, difahamkan pelajar hanya diberikan masa lebih kurang tiga bulan sahaja untuk menghasilkannya.'' katanya.

20 November 2009

MENANG ANUGERAH KIDS WITNES NEWS (KWN) PANASONIC
SEMBILAN TERBAIK KEBANGSAAN
ANUGERAH KREATIVITI TERBAIK

PENGETUA BERSAMA CIKGU FAISAL DAN 2 PELAJAR

PELAJAR BERSAMA CIKGU DZULKHAIRY


KREW AKA PELAKON BERSAMA CIKGU FAISAL

BERSAMA TOK BATIN KG. INOI

CIKGU FAISAL BERSAMA TOK BATIN KG. INOI


MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK PENGGAMBARAN


HANAS SINGH WALIA MENYIAPKAN KAMERA VIDEO


CIKGU FAISAL MEMBERI BIMBINGAN


1, 2, 3, ACTION


SEBAHAGIAN ANAK ORANG ASLI YANG TERLIBAT


PENGGAMBARAN DI TEPI LEBUHRAYA


SAYA NAK BINA KILANG ROKOK ! HA ! HA ! HA !