Gempa di Papua: 4 terkorban
04/01/2009 1:39pm
Daripada Borhan Abu Samah
Kawasan yang ditanda bulatan merupakan kawasan Manokwari di Papua Barat, Indonesia yang dilanda gempa kuat.
JAKARTA 4 Jan. - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengesahkan setakat ini empat terkorban dalam kejadian gempa di Manokwari, Papua Barat, hari ini.
"Maklumat terakhir empat orang yang meninggal dunia," katanya kepada pemberita semasa melawat Kebun Binatang Ragunan, Jakarta Selatan.
Menurut beliau, selain itu banyak rumah yang rosak teruk dan beliau mengisytiharkan kawasan berkenaan sebagai darurat.
Sehubungan itu, katanya, tiga menteri telah dihantar ke lokasi bencana iaitu Menteri Sosial, Menteri Perhubungan dan Menteri Pekerjaan Umum. - Utusan
No comments:
Post a Comment