Fenomena anulus selama lebih dua jam 15 JAN 2010
Selepas menyaksikan gerhana separa bulan pada pagi 1 Januari lalu, kini penduduk negara ini berpeluang pula menyaksikan fenomena gerhana separa matahari atau dikenali gerhana anulus selama lebih dua jam yang dijangka berlaku antara jam 3.02 petang hingga 5.35 petang di langit sebelah barat, esok (15 Jan). Mereka yang berminat menyaksikan kejadian itu boleh mengunjungi Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara yang akan mengadakan cerapan gerhana separa bermula dari jam 3 petang.
Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Jabatan Mufti Melaka, Dr H Kassim Bahali, berkata gerhana separa matahari itu dijangka dapat dilihat di negara ini bermula jam 3.02 petang dan fasa maksimum akan berlaku jam 4.25 petang apabila 28.7 peratus permukaan matahari dilindungi bulan dan dijangka berakhir pada jam 5.35 petang. "Pada awal tahun baru, kita menyaksikan gerhana separa bulan dan kali ini berlaku pula gerhana separa matahari. Kejadian gerhana dua kali pada awal tahun berturut-turut ini sememangnya jarang berlaku. "Kali terakhir gerhana separa matahari dapat dilihat di Malaysia pada 1998," katanya dalam satu kenyataan kepada Berita Harian, di sini, semalam.
Diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.Walaupun begitu, disunatkan sembahyang gerhana dua rakaat.
Rencana ringkas mengenai gerhana dalam Islam adalah seperti berikut:-Definasi Kusuf dan KhusufKusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.Hukum Solat Gerhana MatahariHukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!
Kaifiyat Solat GerhanaNiatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala - (Jika solat seorang diri)Dan : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala - (Jika berimam)
Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) , 2 kali membaca surah, 2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri), 4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.Sah juga dilkakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
No comments:
Post a Comment