lagu sekolah

04 March 2010





Keputusan SPM, STAM diumumkan Khamis ini
04/03/2010 6:11pm


KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.
Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas, katanya.
Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas. - Bernama





Cuaca Panas: Sekolah di Pahang diarah kurangkan aktiviti luar darjah
04/03/2010 2:51pm


KUANTAN - Semua sekolah di Pahang diarah mengurangkan aktiviti luar darjah berikutan cuaca kering dan panas yang melanda negara ketika ini, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Katanya beliau telah menghubungi Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff hari ini berhubung perkara itu.
Tambah beliau, keadaan cuaca tersebut turut memberi kesan kepada penurunan paras air di negeri itu, antaranya, Empangan Chereh yang kini susut kira-kira 0.6 meter. - Bernama

No comments: