lagu sekolah

29 June 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"







GAMBAR PROGRAM GOTONG ROYONG
SEMPENA HARI GURU 2010














24 June 2010


Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini (26.06.2010)


KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.


Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.


Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.


Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas. Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium .

-- BERNAMA


http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=508053


Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)


Sumber : http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html

20 June 2010

Mansuh UPSR, PMR: Kerajaan Diminta Buat Kajian Teliti

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN - MSTAR

PETALING JAYA: Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR).
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata Kementerian Pelajaran perlu memastikan bahawa pelajar di sekolah rendah mahir dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) sebelum memansuhkan dua peperiksaan awam berkenaan.
"Saya menyokong langkah kerajaan mahu menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR. Namun harus diingat, kementerian perlu pastikan 100 peratus pelajar di peringkat sekolah rendah menguasai kemahiran 3M ini, selepas itu barulah kerajaan boleh mansuhkan dua peperiksaan awam yang dilihat berorientasikan peperiksaan semata-mata.
"Pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran seperti membuat kerja kursus yang mampu merangsang minda kerana ia secara tidak langsung mampu melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan inovasi,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan bahawa KPM mungkin akan memansuhkan UPSR dan PMR dan mengekalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai peperiksaan awam tunggal pada masa hadapan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata kerajaan melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
Beliau berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.
Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohamad Ali berkata, sekiranya perkara itu dilaksanakan kementerian perlu mengadakan ujian penilaian yang setanding dengan peperiksaan awam itu bagi menilai pencapaian pelajar di peringkat sekolah.
"Peperiksaan yang dijalankan di sekolah perlu dipantau agar ia selaras dengan standard peperiksaan awam sedia ada.
"Soalan berbentuk objektif perlu dikurangkan kerana ia tidak dapat menilai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis seseorang pelajar itu," ujarnya.
Beliau berkata dengan mengaplikasikan kaedah itu, ia secara tidak langsung dapat menilai secara menyeluruh sama ada seseorang pelajar itu mampu mengaplikasi apa yang dipelajarinya di sekolah.
"Sekiranya semua perkara ini diambilkira barulah kerajaan wajar menghapuskan kedua-dua peperiksaan awam sedia ada dan kekalkan hanya SPM di peringkat sekolah menengah,” katanya.