lagu sekolah

20 March 2010

Waktu BM, BI mulai 2011 ditambah
20/03/2010 2:36pm

KUALA LUMPUR – Kabinet telah memutuskan supaya masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu, yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam, adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di kalangan pelajar sekolah berikutan pemansuhan pengajian dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris tahun sudah.
Bagaimanapun beliau berkata, masa persekolahan tidak akan dipanjangkan, tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.
"Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan-perubahan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu, tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang.
Di sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil dan Cina), sesi pembelajaran untuk BM akan ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu.
Bagi BI, ia akan ditambah menjadi 120 minit seminggu daripada hanya 60 minit. – Bernama

04 March 2010





Keputusan SPM, STAM diumumkan Khamis ini
04/03/2010 6:11pm


KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.
Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas, katanya.
Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas. - Bernama





Cuaca Panas: Sekolah di Pahang diarah kurangkan aktiviti luar darjah
04/03/2010 2:51pm


KUANTAN - Semua sekolah di Pahang diarah mengurangkan aktiviti luar darjah berikutan cuaca kering dan panas yang melanda negara ketika ini, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Katanya beliau telah menghubungi Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff hari ini berhubung perkara itu.
Tambah beliau, keadaan cuaca tersebut turut memberi kesan kepada penurunan paras air di negeri itu, antaranya, Empangan Chereh yang kini susut kira-kira 0.6 meter. - Bernama
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS,
PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS 2010
02 MAC 2010
BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH

BACKDROP MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH 2010


KETIBAAN INSPEKTOR NOR AZANI DISAMBUT GURU BERTUGAS


BERSEDIA MENYANYIKAN 'NEGARAKU'


BERLATIH MEMBACA IKRAR


KETUA PENGAWAS ABD HADI MENERIMA WATIKAH


MENJAMU SELERA DI KANTIN

01 March 2010

SMK SERI PANCHING SERTAI MAJLIS SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL PERINGKAT JKKK PANCHING SELATAN
26 FEBRUARI 2010
MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH


WAKIL PELAJAR YANG TERLIBAT BERSEDIA DI MASJID PANCHING SELATAN

ZAMMIL MEMBAWA SEPANDUK UTAMA


PENDUDUK BERSEDIA UNTUK PERARAKAN


USTAZ ASRI MENGETUAI PERARAKAN SMKSP


PESERTA MENUJU KE DEWAN SEMAI BAKTI


DEWAN TEMPAT BERLANGSUNGNYA CERAMAH



BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA SEPANDUK



GAMBARAN DALAM DEWAN SEMASA CERAMAH


USTAZ ASRI DAN CIKGU SARIZEIN WAKIL SEKOLAH