lagu sekolah

25 April 2011

Date : 13 - 17 April 2011

JAMBORI 30 TAHUN PENGAKAP JENGKA
KEM MAHKOTA, JENGKA


Pada 13-17 April yang lalu, Pengakap SMK Seri Panching telah dijemput untuk menyertai Jambori Pengakap yang diadakan di Kem Mahkota, Jengka. Jambori tersebut telah disertai oleh beberapa sekolah di Pahang dan turut disertai oleh Pengakap dari Thailand, Singapura dan Indonesia.

Walaupun SMK Seri Panching tidak memenangi sebarang anugerah, syabas diucapkan kepada Pengakap SMK Seri Panching kerana telah mempamerkan disiplin yang tinggi dan berjaya menyempurnakan aktiviti yang disediakan.

Terima kasih juga buat Pn. Roshaliza Mohamed & Pn. Roslina Abdul Jalil yang mengiringi pelajar-pelajar ini ke jambori tersebut.










No comments: